@arminbaniaz Avatar @arminbaniaz ARMIN BANIAZ PAHAMIN

ARMIN BANIAZ PAHAMIN posts on X about dan, malaysia, orang, kini the most. They currently have [---] followers and [--] posts still getting attention that total [---] engagements in the last [--] hours.

Engagements: [---] #

Engagements Line Chart

Mentions: [--] #

Mentions Line Chart

Followers: [---] #

Followers Line Chart

CreatorRank: [---------] #

CreatorRank Line Chart

Social Influence

Social category influence countries 50% currencies 9.09%

Social topic influence dan 77.27%, malaysia #2346, orang 13.64%, kini #36, itu 13.64%, dari 13.64%, akan 13.64%, ada 13.64%, amat 9.09%, dr 9.09%

Top Social Posts

Top posts by engagements in the last [--] hours

"MENGAPA PILIHAN RAYA PBT AMAT BERBAHAYA DAN PERLU DITOLAK SEKERAS-KERASNYA Oleh Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Cadangan untuk mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pemilihan Datuk Bandar walaupun dibungkus dengan bahasa reformasi dan demokrasi hakikatnya merupakan manifestasi paling jelas terhadap kebimbangan yang dizahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu berisiko kehilangan negara. [--]. Isu ini tidak wajar dilihat secara sempit sebagai soal kaedah memilih pemimpin tempatan. Sebaliknya ia perlu dianalisis sebagai peralihan struktur kuasa dalam sistem"
X Link 2026-02-04T06:00Z [---] followers, [--] engagements

"MENGAPA ANWAR IBRAHIM WAJAR DIHADAPKAN KE TRIBUNAL GANGGUAN SEKSUAL Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Hampir tujuh tahun telah berlalu sejak Muhammed Yusoff Rawther tampil dengan keberanian yang jarang disaksikan dalam sejarah politik negara apabila beliau membuat laporan polis pada [--] Disember [----] mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang tokoh politik yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia. [--]. Keberanian ini bukan sahaja menyentuh maruah peribadi seorang individu tetapi juga menguji komitmen negara terhadap prinsip keadilan dan kesaksamaan di sisi undang-undang. 3."
X Link 2026-02-10T13:49Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) Sambung [--]. Menghidupkan semula pilihan raya Datuk Bandar dan PBT tanpa mengambil kira amaran ini bukan sahaja menyalahi rasional asal laporan tersebut malah merupakan satu langkah yang mengabaikan pengajaran sejarah dan realiti perlembagaan Malaysia seolah-olah risiko perkauman yang dikenal pasti secara rasmi oleh sebuah Suruhanjaya Diraja kini dianggap tidak lagi relevan sedangkan tanda-tanda polarisasi sosial dan politik bandar hari ini jauh lebih ketara berbanding ketika laporan itu disediakan. [--]. Sebagai jalan ke hadapan yang lebih konstruktif Kerajaan MADANI wajar mengalihkan"
X Link 2026-02-11T02:44Z [---] followers, [--] engagements

"16. Jika benar sehingga [----] hektar tanah Malaysia dilepaskan tanpa penjelasan telus kepada rakyat itu bukan sekadar kegagalan pentadbiran. Itu pengkhianatan terhadap kedaulatan negara. Salam hormat Dr Armin Baniaz Pahamin https://www.arminbaniaz.com/2026/02/isu-pulau-kecil-dulu-tuduh-tun-dr.html https://www.arminbaniaz.com/2026/02/isu-pulau-kecil-dulu-tuduh-tun-dr.html"
X Link 2026-02-15T09:49Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) Sambung [--]. Tugas Menteri Agama bukan sekadar merasmikan majlis atau mengeluarkan kenyataan selamat tetapi memimpin dasar menyelaras penguatkuasaan dan mempertahankan kedudukan Islam secara berlandaskan undang-undang. [--]. Keengganan berbuat demikian adalah bukti kegagalan kepimpinan. [--]. Ini bukan soal kebencian ini soal kedaulatan perlembagaan. Rakyat tidak menuntut penindasan diskriminasi atau tindakan di luar undang-undang. [--]. Rakyat menuntut penguatkuasaan undang-undang yang konsisten kesetiaan mutlak kepada Perlembagaan Persekutuan dan kejelasan moral yang berpaksikan"
X Link 2026-01-23T10:42Z [---] followers, [--] engagements

"KERAJAAN YANG LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN KINI MENINDAS PERHIMPUNAN AMAN. Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin (1/2) [--]. Saya kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Madani dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan seramai [--] peserta Perhimpunan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) sedangkan perhimpunan tersebut pada hakikatnya bersifat aman dan tanpa senjata. [--]. Tindakan penahanan ini tidak boleh dipertahankan dari sudut perlembagaan dan mencerminkan satu salah guna kuasa penguatkuasaan yang serius dalam sebuah negara yang mendakwa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. 3."
X Link 2026-02-09T01:51Z [---] followers, [--] engagements

"17. Dalam kes ini tiada sebarang bukti awam menunjukkan peserta perhimpunan terlibat dalam keganasan atau gangguan ketenteraman awam. [--]. Justeru penahanan tersebut gagal memenuhi ujian kewajaran perkadaran dan keperluan mendesak yang diwajibkan oleh undang-undang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. [--]. Tindakan menahan [--] peserta perhimpunan aman ini mewujudkan satu preseden yang amat berbahaya seolah-olah hak perlembagaan hanya terpakai secara terpilih dan kuasa penguatkuasaan digunakan terhadap mereka yang mematuhi undang-undang bukan terhadap pihak yang melanggarnya. [--]. Lebih"
X Link 2026-02-09T01:53Z [---] followers, [--] engagements

"NGA KOR MING SALAH TAFSIR LAPORAN ATHI NAHAPPAN DEMI AGENDA POLITIK* Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bahawa Laporan Suruhanjaya Diraja Athi Nahappan hanya mengesyorkan penangguhan sementara pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akibat Konfrontasi IndonesiaMalaysia merupakan satu tafsiran sejarah yang tidak tepat dan bersifat reduktif. [--]. Tafsiran sedemikian memberikan gambaran seolah-olah negara telah gagal memahami laporan berkenaan selama lebih lima dekad sedangkan hakikatnya keputusan menghentikan pilihan raya PBT adalah"
X Link 2026-02-11T02:43Z [---] followers, [---] engagements

"TUBUH RCI SIASAT KETUA PESURUHJAYA SPRM Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Pendedahan terbaharu oleh Bloomberg yang mengaitkan dakwaan salah guna kuasa penguatkuasaan amalan ugutan dalam kes-kes korporat serta persoalan konflik kepentingan yang didakwa menjalar sehingga ke peringkat tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan isu remeh dan bukan isu yang boleh dipadamkan dengan kenyataan defensif atau pujian politik. [--]. Ia menyentuh secara langsung asas keyakinan awam terhadap institusi yang sepatutnya menjadi benteng utama dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 3."
X Link 2026-02-13T06:44Z [---] followers, [---] engagements

"(2/2) Sambung [--]. Negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada penafian dalaman atau penjelasan pentadbiran apabila kredibiliti institusi penguatkuasaan dipersoalkan di peringkat nasional dan antarabangsa. [--]. Malaysia memerlukan satu mekanisme yang benar-benar bebas menyeluruh dan mempunyai autoriti undang-undang serta moral untuk menentukan fakta secara objektif. [--]. Oleh itu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) wajar ditubuhkan dengan terma rujukan yang luas bagi meneliti secara forensik isu pemilikan saham pematuhan peraturan penjawat awam proses pengisytiharan harta kemungkinan"
X Link 2026-02-13T06:45Z [---] followers, [--] engagements

"ISU PULAU KECIL DULU TUDUH TUN DR MAHATHIR PENGKHIANAT. ISU RIBUAN HEKTAR PERLU DIPERJELASKAN Pulau kecil dulu cukup untuk PM label Tun Dr Mahathir pengkhianat. Hari ini angka [----] hektar muncul di sempadan negara. Rakyat cuma mahu tahu apa sebenarnya berlaku. [--]. Rakyat berhak mendapat penjelasan penuh dan telus berhubung laporan bahawa sehingga [----] hektar kawasan di sempadan SabahKalimantan terlibat dalam proses pemuktamadan sempadan antara Malaysia dan Indonesia. [--]. Kerajaan telah membentangkan peta serta memberikan penjelasan di Parlimen bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan OBP"
X Link 2026-02-15T09:49Z [---] followers, [--] engagements

"ISU BABI BELUM SELESAI WALAUPUN SULTAN SELANGOR SUDAH BERTITAH Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Apabila Sultan sudah bertitah polemik sepatutnya tamat. Tetapi di Selangor polemik masih berterusan. [--]. Dalam sistem Raja Berperlembagaan Malaysia apabila Sultan menyatakan pendirian jelas mengenai arah dasar pentadbiran negeri kerajaan wajib menghormati dan melaksanakan titah tersebut melalui mekanisme pentadbiran dan undang-undang yang sah. [--]. Yang boleh dibincangkan hanyalah cara pelaksanaan tempoh peralihan dan pengurusan kesan ekonomi tetapi bukan lagi prinsip arah dasar itu sendiri. [--]. Namun"
X Link 2026-02-16T11:44Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) Sambung [--]. Tekanan juga datang daripada pemain industri dan penternak yang berhujah bahawa pelaburan besar telah dibuat dan penutupan akan menyebabkan kerugian atau muflis. [--]. Dari sudut kemanusiaan kebimbangan ini boleh difahami. Tetapi dari sudut undang-undang pentadbiran setiap pelabur mengetahui bahawa lesen negeri sentiasa tertakluk kepada perubahan dasar. [--]. Risiko perubahan dasar bukan pelanggaran undang-undang; ia sebahagian daripada risiko perniagaan. [--]. Apa yang lebih membimbangkan ialah cubaan membingkaikan titah Sultan sebagai konflik kaum atau konflik agama. Naratif ini"
X Link 2026-02-16T11:45Z [---] followers, [--] engagements

"PROGRAM LGBTQ JEJAKA - GLAMPING WITH PRIDE MENCABAR STRUKTUR MORAL DAN KEHARMONIAN NEGARA [--]. Kenyataan media oleh Jejaka selaku penganjur program rekreasi Glamping With Pride memperlihatkan bahawa penganjuran dan promosi program tersebut berpotensi bercanggah dengan kerangka perundangan sedia ada khususnya peruntukan yang mengawal kandungan perhimpunan dan penyiaran awam. [--]. Selain itu pernyataan mengenai peranan Jejaka sebagai sebuah kumpulan sokongan pemuda queer gay dan biseksual untuk mewujudkan ruang berani penerimaan diri bimbingan rakan sebaya dan memperkasakan jaringan sosial hak dan"
X Link 2026-01-16T03:58Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) [--]. Perbuatan seperti ini akan menghakis kejelasan dan kepastian undang-undang melemahkan autoriti perundangan sedia ada mengancam keharmonian masyarakat majmuk yang dibina atas asas nilai agama dan moral awam serta menjadikan Malaysia semakin terdedah kepada tekanan dan campur tangan luar yang berpotensi mencabar kedaulatan undang-undang serta kerangka perlembagaan tempatan. [--]. Rakyat menuntut Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Dalam Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pihak berkuasa tempatan supaya bertindak segera konsisten dan tanpa kompromi"
X Link 2026-01-16T03:59Z [---] followers, [--] engagements

"REX TAN PERLU DIDAKWA ATAS KESALAHAN PENGKHIANATAN (TREASON) Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Insiden yang melibatkan wartawan Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan yang telah mengemukakan kenyataan dan soalan dalam satu syarahan awam sehingga menyinggung perasaan orang Melayu secara kolektif merupakan satu kes yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan. [--]. Bagi seorang wartawan apatah lagi yang membawa identiti sebuah organisasi media nasional tindakan membuat perbandingan yang menyamakan orang Melayu dengan Yahudi laknatullah yang menindas rakyat Palestin serta menyamakan rakyat"
X Link 2026-01-16T13:31Z [---] followers, [---] engagements

"Kerajaan Madani Gagal Mempertahankan Agama Persekutuan dan pengkhianat perlembagaan Oleh: Dr. Armin Baniaz Pahamin [--]. Kerajaan Madani hari ini jelas gagal mempertahankan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Perkara 3(1) juga menetapkan Malaysia bukan negara sekular. [--]. Kegagalan ini bukan bersifat teknikal atau terpencil tetapi mencerminkan kelemahan struktur kepimpinan eksekutif khususnya Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama Islam. [--]. Perkara 3(1) bukan hiasan perlembagaan. Ia adalah peruntukan normatif yang"
X Link 2026-01-23T10:41Z [---] followers, [--] engagements

"UEC KEKAL DITOLAK. SUBJEK BAHASA MELAYU DAN SEJARAH BUKAN SYARAT UEC DIIKTIRAF. Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong yang menegaskan bahawa "kalau tidak menerima Bahasa Melayu jangan tinggal di Malaysia tidak boleh disalahtafsir sebagai isyarat bahawa pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan diberikan sekiranya subjek Bahasa Melayu dan Sejarah SPM dijadikan syarat tambahan. [--]. Pengumuman Perdana Menteri bahawa semua aliran pendidikan termasuk aliran UEC diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM juga tidak sama"
X Link 2026-01-26T09:28Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) Sambungan "mana-mana perbuatan yang secara sedar atau cuai mencetuskan kebencian kaum dan menggugat kestabilan negara tidak boleh dipandang ringan atau diselesaikan melalui permohonan maaf semata-mata." [--]. Biarlah pihak berkuasa yang berbidang kuasa menentukan tahap kesalahan dan menjatuhkan hukuman sewajarnya berdasarkan undang-undang bukan sentimen atau tekanan politik. [--]. Hukuman yang dikenakan mesti bersifat maksimum sebagai teladan khususnya dalam konteks tuntutan pihak tertentu dalam Kerajaan Perpaduan yang secara terbuka membawa agenda Malaysian Malaysia sehingga berpotensi"
X Link 2026-01-16T13:32Z [---] followers, [--] engagements

"REFORMASI PENDIDIKAN BUKAN ISU NIAT TETAPI KESIAPSIAGAAN DAN TADBIR URUS KERAJAAN. Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin [--]. Pelaksanaan dasar baru Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan penilaian diagnostik di Tahun [--] serta membuka ruang kemasukan murid ke Tahun [--] pada usia [--] tahun secara sukarela perlu dikaji dengan teliti. [--]. Dari sudut dasar inisiatif ini berpotensi membawa perubahan positif kepada sistem pendidikan selaras dengan amalan pedagogi berasaskan data dan kesiapsiagaan awal murid. [--]. Namun sokongan terhadap niat dasar tidak boleh disamakan dengan"
X Link 2026-01-28T06:54Z [---] followers, [--] engagements

"19. Skop dan tujuan penilaian Tahun [--] juga tidak dijelaskan sama ada ia bersifat percubaan (pilot) berfasa atau akan dilaksanakan secara nasional dalam tempoh terdekat. [--]. Ketidakpastian ini menambah beban pentadbiran kepada sekolah yang masih bergelut dengan kekangan sumber sambil menunggu arahan yang sering berubah. [--]. Flip-flop dasar seperti ini bukan isu remeh. Dalam pendidikan ketidaktentuan dasar memberi kesan langsung kepada perancangan sekolah latihan guru penyediaan bahan pembelajaran serta keyakinan ibu bapa terhadap sistem. [--]. Ia sekali gus menjejaskan kredibiliti institusi dan"
X Link 2026-01-28T06:56Z [---] followers, [--] engagements

"(2/2) Sambung [--]. Ancaman terhadap orang Melayu dalam konteks ini bukan bersifat spekulatif atau emosional tetapi berpunca daripada realiti demografi bandar. [--]. Di kebanyakan bandar utama orang Melayu bukan kumpulan majoriti dominan dalam konteks pengundian. Dalam sistem pilihan raya angka menentukan kuasa. [--]. Pilihan raya PBT atau Datuk Bandar akan menyebabkan kepimpinan bandar ditentukan sepenuhnya oleh komposisi pengundi bandar tanpa sebarang mekanisme imbangan nasional. [--]. Akibatnya orang Melayu berisiko kehilangan kawalan politik dan pentadbiran termasuk peluang-peluang strategik"
X Link 2026-02-04T06:01Z [---] followers, [--] engagements

Limited data mode. Full metrics available with subscription: lunarcrush.com/pricing